Monday, May 31, 2010

Majlis Berkhatan Beramai-ramai ,

Assalamualaikum anak didik cikgu yang dikasihi sekalian. PIBG Sek. Keb. Bachang dengan kerjasama sekolah akan mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai pada permulaan cuti penggal akhir nanti.

Kepada anak-anak yang belum berkhatan , jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mengambil bahagian bagi memeriahkan majlis kita ini. Tentang bayaran, akan diberitahu kemudian setelah kita kenal pasti berapa ramai yang mendaftar untuk program ini. Tolong sebar-sebarkan maklumat ini kepada orang lain.

Sekian, terima kasih.

Mohon Sumbangan Membaiki Surau Sekolah kita

Anak-anak yang cikgu kasihi sekalian. Tempoh hari cikgu ada mengedarkan surat-surat minta sumbangan ibu bapa untuk membaiki surau sekolah kita. Setakat ini sumbangan yang diterima belum cukup untuk menampung kos memperbaiki kerosakan tersebut.

Kepada ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah menerima amar tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Cuti sekolah 2 minggu bermula

Assalamualaikum anak-anak didik yang cikgu sayangi. Beberapa hari sahaja lagi , kamu semua akan bercuti selama dua minggu. Mungkin ada sudah membuat perancangan untuk bercuti di dalam negara atau di luar negara. Cikgu ucapkan selamat bercuti.

Dalam masa kamu sedang bercuti jangan lupa untuk mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji atau ajak keluarga ke perpustakaan kerana di perpustakaan banyak tersedia bahan-bahan untuk menambah ilmu.

Penuhkan masa lapang dengan membuat kerja-kerja berfaedah seperti menolong ibu bapa yang sepanjang hari membanting tulang untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya.

Selain itu jangan lupa keselamatan diri semasa sedang bercuti. Jangan bermain ditempat-tempat yang merbahaya seperti di tepi jalan, di sungai, laut dan sebagainya tanpa ditemani oleh orang yang boleh membantu ketika kita dalam kesusahan. Jangan membuang masa dengan bermain game", melayari laman-laman lucah dan sebagainya.

Kalau tak tahu mengaji dan sebagainya, pada masa inilah kamu ambil peluang untuk belajar.

Akhir sekali selamat bercuti.

Tuesday, May 18, 2010

KEBERSIHAN DIRI

Assalamualaikum wrth wbrth.
Anak-anak yang saya kasihi, kebersihan amat penting. Bersih tubuh badan, bersih pakaian dan sebagainya. Cikgu lihat ada pelajar-pelajar yang tidak tahu menjaga kebersihan terutama pakaian. Ada baju yang hitam, kuning dari warna asal putih. Kenapa agaknya jadi begitu? Ini tentulah kerana kita tidak kisah, janji pakai baju sekolah.Gigi pula ada yang biarkan datang sekolah dengan gigi tidak diberus. Susah sangatke selepas sarapan pagi di rumah kita hendak membersihkan gigi dan mulut kita. Cuba sebelum pergi ke sekolah, kita lihat diri kita di cermin macam seorang modal , pusing kanan, kiri dan pusing satu pusingan, baru kita nampak oh ada tanda kotor dekat baju dan sebagainya.

Diharapkan anak-anak yang cikgu kasihi ambil berat tentang kebersihan diri dan pakaian kita terutama semasa hendak ke sekolah. OK Jumpa lagi.

Monday, May 17, 2010

Sholat Anakku

Assalamualaikum anak-anak yang cikgu kasihi sekalian. Rata-rata anak murid yang cikgu panggil untuk kaunseling individu, cikgu tak lupa tanya tentang, kamu solat subuh ni?
Kebanyakannya akan mengeleng-gelengkan kepala dengan pelbagai alasan. Cikgu suka mengingatkan kamu bahawa solat ini wajib dikerjakan bagi orang Islam. Tak ada excuse.
Sehinggakan orang yang sakit hampir meninggalpun kalau dia masih boleh berfungsi otaknya, dia kena solat. Banyak akibat/ bala akan diperolehi jika kita tidak mahu solat atau meringan-ringankan solat. Kalau tak tahu kena tanya kepada ustaz dan sebagainya. Nanti dari kecil kita tak ambil berat tentang solat, sampailah besar nanti kita tak mahu solat. Mudah-mudahan Allah membantu kita menjadi orang yang tidak meninggalkan solat. InsyaAllah