Friday, May 7, 2010

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK,
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun,merupakan tarikh keramat buat insan yang bergelar guru.Pada tarikh ini biasanya macam-macam aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan.

Ada guru akan mendapat hadiah dan kad dengan banyak kerana dia popular.Biasanya guru yang popular ialah guru darjah. Bagi guru bertaraf pentadbir jarang dapat hadiah. Begitu juga dengan guru disiplin. Jangan kecil hatinya kawan-kawan. Walaupun tidak mendapat apa-apa pada hari guru anggaplah segala pergorbanan yang telah kita lakukan akan mendapat ganjaran Allah SWT.

Saya ada satu cerita nak dikongsi bersama. Cerita tentang kawan saya, beliau merupakan guru disiplin yang memang , dengar sahaja namanya murid-murid akan senyap dan takut untuk membuat bising. Sebelum hari guru, dia pesan kepada murid kelasnya, siapa tak bawa hadiah untuknya pada hari guru, siapkau.....

Pada pagi hari guru, berdedai-dedai murid ke mejanya di dalam bilik guru untuk memberi hadiah. Bukan main banyak, sampai tak muat bonet kereta. Yang lucunya ada yang memberi ubi kayu, bunga telur yang dah ada sawang dan sebgainya. Geli hati pulak bila dengar cerita kawan saya ini. Bagi saya , hadiah ke, kad ucapan ke tak penting. Yang penting segala ilmu yang telah kita curahkan betul-betul iklas kerana Allah Taala. Allah akan balas dengan memberi kita sihat, naik pangkat dan sebagainya.

Apa-apa pun, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga SK Bachang, guru-guru yang pernah bersama saya di sekolah-sekolah lain , dan tak lupa bekas guru yang mengajar saya sejak sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dengan ucapan 'SELAMAT HARI GURU' SEMOGA ALLAH MEMBERI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN, DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

No comments:

Post a Comment