Monday, May 31, 2010

Majlis Berkhatan Beramai-ramai ,

Assalamualaikum anak didik cikgu yang dikasihi sekalian. PIBG Sek. Keb. Bachang dengan kerjasama sekolah akan mengadakan Majlis Berkhatan beramai-ramai pada permulaan cuti penggal akhir nanti.

Kepada anak-anak yang belum berkhatan , jangan lepaskan peluang untuk sama-sama mengambil bahagian bagi memeriahkan majlis kita ini. Tentang bayaran, akan diberitahu kemudian setelah kita kenal pasti berapa ramai yang mendaftar untuk program ini. Tolong sebar-sebarkan maklumat ini kepada orang lain.

Sekian, terima kasih.

Mohon Sumbangan Membaiki Surau Sekolah kita

Anak-anak yang cikgu kasihi sekalian. Tempoh hari cikgu ada mengedarkan surat-surat minta sumbangan ibu bapa untuk membaiki surau sekolah kita. Setakat ini sumbangan yang diterima belum cukup untuk menampung kos memperbaiki kerosakan tersebut.

Kepada ibu bapa dan penjaga yang telah menyumbang, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih. Semoga Allah menerima amar tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Cuti sekolah 2 minggu bermula

Assalamualaikum anak-anak didik yang cikgu sayangi. Beberapa hari sahaja lagi , kamu semua akan bercuti selama dua minggu. Mungkin ada sudah membuat perancangan untuk bercuti di dalam negara atau di luar negara. Cikgu ucapkan selamat bercuti.

Dalam masa kamu sedang bercuti jangan lupa untuk mengambil sedikit masa untuk membuat ulangkaji atau ajak keluarga ke perpustakaan kerana di perpustakaan banyak tersedia bahan-bahan untuk menambah ilmu.

Penuhkan masa lapang dengan membuat kerja-kerja berfaedah seperti menolong ibu bapa yang sepanjang hari membanting tulang untuk mencari rezeki untuk anak-anaknya.

Selain itu jangan lupa keselamatan diri semasa sedang bercuti. Jangan bermain ditempat-tempat yang merbahaya seperti di tepi jalan, di sungai, laut dan sebagainya tanpa ditemani oleh orang yang boleh membantu ketika kita dalam kesusahan. Jangan membuang masa dengan bermain game", melayari laman-laman lucah dan sebagainya.

Kalau tak tahu mengaji dan sebagainya, pada masa inilah kamu ambil peluang untuk belajar.

Akhir sekali selamat bercuti.

Tuesday, May 18, 2010

KEBERSIHAN DIRI

Assalamualaikum wrth wbrth.
Anak-anak yang saya kasihi, kebersihan amat penting. Bersih tubuh badan, bersih pakaian dan sebagainya. Cikgu lihat ada pelajar-pelajar yang tidak tahu menjaga kebersihan terutama pakaian. Ada baju yang hitam, kuning dari warna asal putih. Kenapa agaknya jadi begitu? Ini tentulah kerana kita tidak kisah, janji pakai baju sekolah.Gigi pula ada yang biarkan datang sekolah dengan gigi tidak diberus. Susah sangatke selepas sarapan pagi di rumah kita hendak membersihkan gigi dan mulut kita. Cuba sebelum pergi ke sekolah, kita lihat diri kita di cermin macam seorang modal , pusing kanan, kiri dan pusing satu pusingan, baru kita nampak oh ada tanda kotor dekat baju dan sebagainya.

Diharapkan anak-anak yang cikgu kasihi ambil berat tentang kebersihan diri dan pakaian kita terutama semasa hendak ke sekolah. OK Jumpa lagi.

Monday, May 17, 2010

Sholat Anakku

Assalamualaikum anak-anak yang cikgu kasihi sekalian. Rata-rata anak murid yang cikgu panggil untuk kaunseling individu, cikgu tak lupa tanya tentang, kamu solat subuh ni?
Kebanyakannya akan mengeleng-gelengkan kepala dengan pelbagai alasan. Cikgu suka mengingatkan kamu bahawa solat ini wajib dikerjakan bagi orang Islam. Tak ada excuse.
Sehinggakan orang yang sakit hampir meninggalpun kalau dia masih boleh berfungsi otaknya, dia kena solat. Banyak akibat/ bala akan diperolehi jika kita tidak mahu solat atau meringan-ringankan solat. Kalau tak tahu kena tanya kepada ustaz dan sebagainya. Nanti dari kecil kita tak ambil berat tentang solat, sampailah besar nanti kita tak mahu solat. Mudah-mudahan Allah membantu kita menjadi orang yang tidak meninggalkan solat. InsyaAllah

Stress...stress... (ada hikmahnya)

Assalamualaikum kepada rakan-rakan guru dan anak didik yang cikgu kasihi. Minggu ini cikgu hendak bercerita tentang stress. Stress ini bukan sahaja berlaku kepada manusia tetapi juga pada haiwan. Menunjukkan stress boleh berlaku kepada sesiapa. Itulah yang dinamakan manusia. Kita stress boleh dibebankan dengan tugasan dan kerja sementara pulang rumah ada kerja sedang menunggu. Mulalah kita naik marah kerana tekanan tadi. Dalam akhbar setiap hari ada sahaja berita tentang orang stress sehingga ke tahap bunuh diri. Tetapi sebagai seorang Islam, kita kena balik semula kepada ajaran Islam. Semua itu merupakan ujian buat kita. Tetapi berbeza ujiannya. Ada ayat-ayat Quran yang meminta kita bersabar dengan segala ujian yang Allah beri dekat kita ni. Nak tahu sejauh mana kita sabar dan orang yang sabar syurga tempatnya. Kalau ada masalah bolehlah berkongsi dengan saya, InsyaAllah saya sudi mendengarnya dan saya akan rahsiakan , InsyaAllah.

Monday, May 10, 2010

Friday, May 7, 2010


Nyanyian Guru Malaysia - Click here for more free videos

Untuk anak-anak didik sk Bachang...

Assalamualaikum wrth wbrth,.

Apa khabar semuanya. Cikgu harap anak-anak didik cikgu berada dalam keadaan ceria, sihat walafiat hendaknya.

16 Mei merupakan yang amat bermakna bagi setiap guru, kerana pada hari itu, guru akan diraikan oleh pelajar dan sebagainya.Pada hari itu, mungkin ada guru yang menerima hadiah-hadiah dan kad ucapan dan sebagainya. Tapi bagi cikgu, ucapan terima kasih cikgu lebih bermakna buat guru. Kerana tanpa guru, kita tidak akan berjaya sehingga kini.Susah sangat ke nak mengucapkan "Selamat Hari Guru", Terima kasih Cikgu dan sebagainya, pada hari tersebut. Walaupun cikgu itu, memang awak tak suka dan benci, tetapi ingat beliau ada mencurahkan ilmu kepada kamu.

Cikgu teringat ada seorang bekas murid cikgu yang cikgu pernah mengajarnya pada 15 tahun yang lalu di sebuah sekolah yang cikgu rahsiakan nama sekolah. Murid ini telah berjaya ke asrama penuh. Kebetulan pada suatu hari dalam satu karnival pendidikan, cikgu telah terserempak dengan mamat ni. Dia buat-buat tak kenal cikgu, maklumlah dia pakai baju resmi sekolahnya dan bersama kawan-kawannya. Cikgu pun buat-buat tak kenal, walaupun cikgu tahu dia adalah bekas murid cikgu. Cikgu tidak ada perasaan dendam kepada sesiapa dan cikgu tak kisah. Pada cikgu kau pandai dan dapat kerja baik esok, bukan aku nak minta duit pada kau. Nak jadikan cerita pada pagi raya (tak ingat tahunnya) cikgu telah pergi solat sunat Aidilfitri di masjid . Selepas habis, semasa cikgu bersalam-salam dengan makmun yang lain, tiba-tiba seseorang telah memeluk cikgu sambil menangis minta maaf. Cikgu sungguh terharu.

Kamu semua nanti ingat pesan cikgu ni, bila sudah besar nanti bila jumpa cikgu atau guru-guru yang pernah mengajar kamu, jangan lupa salam cikgu dan ucapkan terima kasih kerana telah mendidik kamu menjadi orang yang berguna. OKlah, nanti kita akan bertemu lagi dilain bicara. Maafkan cikgu ya.

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM BUAT SEMUA WARGA PENDIDIK,
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun,merupakan tarikh keramat buat insan yang bergelar guru.Pada tarikh ini biasanya macam-macam aktiviti akan diadakan bagi memeriahkan suasana sambutan.

Ada guru akan mendapat hadiah dan kad dengan banyak kerana dia popular.Biasanya guru yang popular ialah guru darjah. Bagi guru bertaraf pentadbir jarang dapat hadiah. Begitu juga dengan guru disiplin. Jangan kecil hatinya kawan-kawan. Walaupun tidak mendapat apa-apa pada hari guru anggaplah segala pergorbanan yang telah kita lakukan akan mendapat ganjaran Allah SWT.

Saya ada satu cerita nak dikongsi bersama. Cerita tentang kawan saya, beliau merupakan guru disiplin yang memang , dengar sahaja namanya murid-murid akan senyap dan takut untuk membuat bising. Sebelum hari guru, dia pesan kepada murid kelasnya, siapa tak bawa hadiah untuknya pada hari guru, siapkau.....

Pada pagi hari guru, berdedai-dedai murid ke mejanya di dalam bilik guru untuk memberi hadiah. Bukan main banyak, sampai tak muat bonet kereta. Yang lucunya ada yang memberi ubi kayu, bunga telur yang dah ada sawang dan sebgainya. Geli hati pulak bila dengar cerita kawan saya ini. Bagi saya , hadiah ke, kad ucapan ke tak penting. Yang penting segala ilmu yang telah kita curahkan betul-betul iklas kerana Allah Taala. Allah akan balas dengan memberi kita sihat, naik pangkat dan sebagainya.

Apa-apa pun, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga SK Bachang, guru-guru yang pernah bersama saya di sekolah-sekolah lain , dan tak lupa bekas guru yang mengajar saya sejak sekolah rendah hingga ke peringkat universiti dengan ucapan 'SELAMAT HARI GURU' SEMOGA ALLAH MEMBERI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN, DIMURAHKAN REZEKI DAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

Wednesday, May 5, 2010

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Anak-anak yang cikgu kasihi sekalian....
Pada hujung minggu ini kita akan menyambut hari yang sangat istimewa bagi ibu-ibu sedunia iaitu "HARI IBU". Siapakah yang sepatutnya meraikan hari ibu ini? Tentulah kita anak-anaknya yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita ini.Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang yang bergelar ibu. Jadi bagaimana kita hendak menunjukkan yang kita sayang kepada ibu kita.

Sebagai seorang Islam kita percaya, kita tidak akan dapat masuk ke Syurga yang akan janjikan nikmat yang tidak boleh difikirkan oleh manusia bagi mereka yang cinta dan sayang kepada ibu mereka. Tak nak ke?

Tentu ustaz atau ustazah sekolah anak-anak yang menceritakan tentang anak derhaka di zaman Rasulullah. Nama pemuda itu AlQamah. Bagaimana susahnya dia hendak meninggal dunia. Kenapa anak-anak, tak lain tak bukan kerana ibunya tidak mahu mengampunkan dosa Alqamah yang telah mengguris hati ibunya. Tetapi dengan keimanannya akhirnya dia telah mengampunkan dosa anaknya dan anaknya telah dapat mengucapkan kalimah tauhid.

Jadi sempena Hari Ibu ini, kita ambil peluang untuk meraikannya bersama-sama dengan adik-beradik kita. Mudah-mudahan kita dipilih Allah Taala masuk ke Syurga yang penuh segala nikmat yang diindam-idamkan oleh semua orang Islam, InsyaAllah.

funny baby


Funny Kids - Click here for another funny movie.

WADUH....HEBAT SUNGGUH


Very Funny Commercial - Watch more top selected videos about: Funny_Commercials