Wednesday, May 5, 2010

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU

Anak-anak yang cikgu kasihi sekalian....
Pada hujung minggu ini kita akan menyambut hari yang sangat istimewa bagi ibu-ibu sedunia iaitu "HARI IBU". Siapakah yang sepatutnya meraikan hari ibu ini? Tentulah kita anak-anaknya yang telah mengandung, melahirkan dan membesarkan kita ini.Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang yang bergelar ibu. Jadi bagaimana kita hendak menunjukkan yang kita sayang kepada ibu kita.

Sebagai seorang Islam kita percaya, kita tidak akan dapat masuk ke Syurga yang akan janjikan nikmat yang tidak boleh difikirkan oleh manusia bagi mereka yang cinta dan sayang kepada ibu mereka. Tak nak ke?

Tentu ustaz atau ustazah sekolah anak-anak yang menceritakan tentang anak derhaka di zaman Rasulullah. Nama pemuda itu AlQamah. Bagaimana susahnya dia hendak meninggal dunia. Kenapa anak-anak, tak lain tak bukan kerana ibunya tidak mahu mengampunkan dosa Alqamah yang telah mengguris hati ibunya. Tetapi dengan keimanannya akhirnya dia telah mengampunkan dosa anaknya dan anaknya telah dapat mengucapkan kalimah tauhid.

Jadi sempena Hari Ibu ini, kita ambil peluang untuk meraikannya bersama-sama dengan adik-beradik kita. Mudah-mudahan kita dipilih Allah Taala masuk ke Syurga yang penuh segala nikmat yang diindam-idamkan oleh semua orang Islam, InsyaAllah.

6 comments:

  1. Terima kasih kerana memberi pengajaran dan nasihat tentang hari guru dan hari ibu yang cikgu berikan kepada murid-murid SKBachang

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu kerana memberi pengajaran kepada murid-murid SK.BACHANG

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana telah memberi nasihat kepada kami.
    kami akan mengikuti segala nasihat cikgu.
    Terima Kasih cikgu...
    Terima kasih cikgu...
    Terima Kasih cikgu...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kerana memberi pengajaran dan nasihat tentang hari guru dan hari ibu. saya rasa sangat bertuah kerana saya bersekolah di sekolah kebangsaan bachang. sekian terima kasih

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru semoga guru panjang umur.
    selama ini guru memberi pengajaran dan pendidikkan kepada kami.
    terima kasih
    terima kasih
    terima kasih
    saya cinta kepada guru saya.sania dan nadhirah

    ReplyDelete
  6. Selamat hari guru dan hari ibu buat semua warga sk bachang.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan panjang umur..Amin..
    Nurul, Guru Bimbingan

    ReplyDelete