Friday, May 7, 2010

Untuk anak-anak didik sk Bachang...

Assalamualaikum wrth wbrth,.

Apa khabar semuanya. Cikgu harap anak-anak didik cikgu berada dalam keadaan ceria, sihat walafiat hendaknya.

16 Mei merupakan yang amat bermakna bagi setiap guru, kerana pada hari itu, guru akan diraikan oleh pelajar dan sebagainya.Pada hari itu, mungkin ada guru yang menerima hadiah-hadiah dan kad ucapan dan sebagainya. Tapi bagi cikgu, ucapan terima kasih cikgu lebih bermakna buat guru. Kerana tanpa guru, kita tidak akan berjaya sehingga kini.Susah sangat ke nak mengucapkan "Selamat Hari Guru", Terima kasih Cikgu dan sebagainya, pada hari tersebut. Walaupun cikgu itu, memang awak tak suka dan benci, tetapi ingat beliau ada mencurahkan ilmu kepada kamu.

Cikgu teringat ada seorang bekas murid cikgu yang cikgu pernah mengajarnya pada 15 tahun yang lalu di sebuah sekolah yang cikgu rahsiakan nama sekolah. Murid ini telah berjaya ke asrama penuh. Kebetulan pada suatu hari dalam satu karnival pendidikan, cikgu telah terserempak dengan mamat ni. Dia buat-buat tak kenal cikgu, maklumlah dia pakai baju resmi sekolahnya dan bersama kawan-kawannya. Cikgu pun buat-buat tak kenal, walaupun cikgu tahu dia adalah bekas murid cikgu. Cikgu tidak ada perasaan dendam kepada sesiapa dan cikgu tak kisah. Pada cikgu kau pandai dan dapat kerja baik esok, bukan aku nak minta duit pada kau. Nak jadikan cerita pada pagi raya (tak ingat tahunnya) cikgu telah pergi solat sunat Aidilfitri di masjid . Selepas habis, semasa cikgu bersalam-salam dengan makmun yang lain, tiba-tiba seseorang telah memeluk cikgu sambil menangis minta maaf. Cikgu sungguh terharu.

Kamu semua nanti ingat pesan cikgu ni, bila sudah besar nanti bila jumpa cikgu atau guru-guru yang pernah mengajar kamu, jangan lupa salam cikgu dan ucapkan terima kasih kerana telah mendidik kamu menjadi orang yang berguna. OKlah, nanti kita akan bertemu lagi dilain bicara. Maafkan cikgu ya.

2 comments:

  1. Aduh...terharu membaca luahan hati cikgu yang sorang ni..Ha..ingatlah wahai muridku..Sesungguhnya Jasa Ibu hingga ke syurga, Jasa Guru membina bahagia akhirnya...Linn

    ReplyDelete
  2. Yes...Tahniah tuan haji Anuar..dah pandai post tazkirah...input yang menarik semoga ramai murid membacanya..."HAPPY TEACHER'S DAY"

    ReplyDelete